NEGARA

Stok bauksit di Pahang disita

Stok bauksit di Pahang disita


AZAM


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyita keseluruhan simpanan stok bauksit di Pahang berjumlah lebih 10 juta tan metrik bagi membantu siasatan terhadap isu perlombongan bauksit haram.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, penyitaan itu dibuat bagi menghalang bahan mi­neral tersebut daripada dibawa keluar dari tempat penyimpanannya untuk tujuan perniagaan atau apa-apa tujuan lain.

“Tindakan penyitaan bauksit berkenaan meliputi seluruh simpanan stok yang berada di ta­nah-tanah kerajaan dan persendirian di kawasan yang telah dikenal pasti di negeri itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, tindakan penyitaan itu dilakukan mengikut Seksyen 33 Akta SPRM 2009 dan mana-mana pihak yang melanggar notis arahan tersebut melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan dan boleh dihukum mengikut Sek­syen 69 akta sama.

Sehingga kini beliau berkata, dianggarkan terdapat lebih 10 juta tan metrik bauksit yang telah dilombong serta disimpan di beberapa lokasi di Pahang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 16