NEGARA

Exco Pulau Pinang direman 5 hari

Exco Pulau Pinang direman 5 hari


BOON POH diiring pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen, Georgetown semalam bagi membantu siasatan kes pengoperasian sebuah kilang memproses habuk kayu di Sungai Lembu, Permatang Pauh.


GEORGE TOWN – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung pengoperasian sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah dekat sini sejak lebih 10 tahun lalu.

Perintah reman yang bermula semalam hingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Ameera Mastura Khamis bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan.

Turut direman selama lima hari untuk membantu siasatan ialah dua beranak iaitu pemilik kilang memproses serbuk kayu tersebut yang berusia 70 tahun dan anak lelakinya berusia 37 tahun.

Kes tersebut disiasat mengikut Sek­syen 23 Akta SPRM 2009.

Boon Poh, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu diwakili peguan, Ram Karpal Singh dan RSN Rayer manakala pengarah dan pe­ngurus kilang terbabit diwakili peguam Dev Kumaraendran.

Bagaimanapun, Rayer ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mencabar perintah reman lima hari tersebut kepada Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Boon Poh tiba serentak bersama-sama dua beranak tersebut di mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi de­ngan memakai pakaian lokap SPRM sambil diiringi pegawai SPRM menggunakan tiga buah kereta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 32