KESIHATAN

Derita penghidap Sindrom Tachycardia Postural

Derita penghidap Sindrom Tachycardia Postural

PENYAKIT yang dideritai Nash menyebabkan berat badannya turun sebanyak 36 kilogram dalam tempoh setahun.


LAZIMNYA, individu menggunakan barangan penjagaan kecantikan yang mahal dan berkualiti untuk mengatasi masalah kulit pada wajah mereka.

Bagaimanapun, berbeza bagi seorang anak muda kelahiran Bristol, England apabila menjadikan pisang sebagai kaedah untuk mencantikkan kulitnya.

Lebih memeranjatkan, dia bukan memakan sebiji pisang, tetapi sebanyak 150 biji setiap minggu.

Menurut lelaki dikenali sebagai Dane Nash, 21, pengambilan pisang bukan sahaja membantu merawat masalah kulit yang dihadapinya, tetapi turut membekalkan kalori kepada tubuh sebanyak 80 peratus.

Bukan itu sahaja, Nash juga mendakwa, memakan pisang mampu membekalkannya tenaga, selain memberikan kesihatan yang luar biasa terhadap tubuh.

“Sebenarnya, saya mengamalkan diet sayur-sayuran dengan memfokuskan pengambilan pisang sejak dua tahun lalu.

“Pada waktu itu, saya gemar mengambil buah-buahan dan sayur yang dimasak dengan makanan lain seperti pasta dan daging.

“Bagaimanapun, sebaik melihat hasil yang diperoleh tidak memuaskan, saya mengambil keputusan untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sahaja,” jelasnya.

Ujar Nash, apa yang memeranjatkan, dia berjaya mendapatkan kulit idaman selepas setahun mengamalkan diet tersebut.

Walaupun menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai makanan ruji, namun dia tetap mengambil pasta dan lauk-pauk yang lain.

3,000 kalori

Bagaimanapun, Nash mengakui, makanan tersebut hanya akan diambil kurang daripada 10 kali dalam tempoh setahun.

Ini kerana, Nash menegaskan bahawa tubuhnya lebih memerlukan makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran daripada daging serta beras.

Cerita Nash lagi, setiap hari, dia akan menggantikan pasta dan lauk-pauk dengan dua gelas jus buah-buahan yang dikisar bersama air sebagai makanan utama.

Ketiga-tiga jus tersebut akan diambil ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.


NASH terpaksa hidup dengan alat pengesan jantung sepanjang hayatnya.


“Selalunya, saya akan menggunakan buah-buahan yang telah masak ranum dan berwarna coklat kerana isi dalamnya bukan sahaja lembut, malah manis.

“Ketika sarapan pagi, saya mengisar lapan hingga 12 biji pisang bersama setengah cawan bayam.

“Pada waktu tengah hari pula, saya akan mengisar buah beri biru dan pear yang dicampurkan dengan lapan hingga 12 biji pisang.

“Sementara itu, pada waktu malam, saya hanya akan mengambil salad sebanyak satu paun serta potongan pisang untuk membekalkan tenaga terhadap tubuh,” jelasnya.

Menurut remaja ini lagi, kesemua makanan tersebut memberikan tubuhnya sebanyak 3,000 kalori setiap hari.

18 kilogram

Walaupun jumlah yang diperolehi itu melebihi pengambilan kalori harian, namun Nash berkata, keadaan tersebut langsung tidak menyebabkan pertambahan berat badan.

“Seperti yang kita ketahui, pisang merupakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat.

“Bagaimanapun, jika melihat dari sudut lain, ia bagus untuk merawat masalah kulit. Disebabkan itu, saya tidak kisah jika nilai kalori yang diperoleh melebihi apa yang diperlukan oleh badan,” jelasnya.

Cerita Nash lagi, disebabkan dia memerlukan 150 biji pisang seminggu, bekalan buah tersebut akan sentiasa berada di dalam kediamannya.

Lebih memeranjatkan, Nash akan membeli sebanyak 18 kilogram pisang dan sayur-sayuran setiap bulan bagi tujuan dietnya itu.

“Walaupun buah-buahan tersebut membentuk 80 peratus daripada pengambilan kalori harian, namun saya turut memperoleh nutrien lain yang diperlukan oleh tubuh seperti vitamin B12, vitamin D dan spirulina,” jelasnya.

Biarpun dia begitu berpuas hati dengan nutrien yang diperoleh, namun jelas Nash lagi, ia tidak digalakkan oleh pakar pemakanan.

Ini kerana, ia dikhuatiri gagal membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh seperti apa yang terkandung dalam daging merah.

Process time in ms: 47