DIVA INTERAKTIF

Pelik Rebecca buat-buat tak kenal media

Pelik Rebecca buat-buat tak kenal media


REBECCA


LAMA juga tidak mendengar cerita mengenai pelakon jelita iaitu Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Sejak dikhabarkan berehat daripada bidang lakonan demi memberikan tumpuan kepada keluarga sekitar empat tahun lepas, jarang sekali cerita mengenai dirinya dikongsikan bersama khalayak.

Kalau nak tahu, teman Diva terserempak dengan Rebecca ketika sedang menghadiri sebuah konsert di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Apa lagi, teman Diva kemudian tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Rebecca. Mana tahu boleh berkongsi cerita mengenai perkembangan terkininya termasuk ada lamaran terbaharu untuk dia kembali berlakon selepas ini.

Cuma yang mengejutkan teman Diva, Rebecca seolah-olah tidak mengenali dirinya dan terus berlalu pergi meninggalkan teman Diva terpinga-pinga seorang diri.

“Terkejut aku Diva, apabila dia macam buat-buat tak kenal, sebelum ini kami pernah menjalani urusan fotografi bersama-sama,” cerita teman Diva.

Diva rasa, Rebecca bukan sengaja bertindak sedemikian hingga mengguriskan hati teman Diva. Mungkin dia benar-benar terlupa, tambahan pula sudah lama menyepi.

Jadi, tidak mustahil Rebecca kini tidak lagi mengenali wajah-wajah media hiburan tanah air.

Mungkin juga pada waktu itu, Rebecca sedang tergesa-gesa untuk berswafoto bersama penyanyi popular Indonesia yang turut membuat persembahan pada malam itu, siapa tahu bukan? Sebab itu dia tidak perasan teman Diva. Jadi, jangan sentap dan bersangka baik sajalah ya.

Diva: Apa cerita Datuk Hans Isaac dan tunangnya Gabriella Robinson? Semoga hubungan mereka sentiasa baik-baik saja hendaknya.

Rencana Utama!»

Kongsi karavan bersama peserta tidak dikenali

Karavan boleh diibaratkan seperti rumah bergerak kerana di dalamnya dilengkapi dapur, tempat tidur, alat pemanas dan ruang memandu.

Horizon!»

Tenangkan fikiran di Tasik Pedu

RUMAH Bot Seri Mahawangsa boleh memuatkan seramai 15 orang pada satu-satu masa.

Varia!»

Sekolah venue alternatif majlis perkahwinan

PASANGAN pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan di sekitar Ampang kini boleh menggunakan pakej yang ditawarkan SMK Dato’ Ahmad Razali.

Process time in ms: 47