TERKINI

Satu pusat pemindahan banjir ditutup di Melaka

MELAKA - Pusat pemindahan banjir di Balai Raya Air Tawar, Jasin ditutup 8 malam ini selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Maut ditikam ketika sedang makan makanan segera

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang sedang menikmati hidangan makanan segera bersama seorang wanita maut ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah restoran makanan segera di Gual Tinggi di sini petang tadi.

Lelaki warga emas maut digilis komuter

PADANG BESAR - Seorang lelaki warga emas berusia sekitar 65 hingga 70 tahun ditemui maut apabila digilis sebuah komuter berhampiran Kampung Kolam di sini hari ini.

Janin manusia tidak bertali pusat ditemui di Perlis

KANGAR - Satu janin manusia yang belum diketahui identitinya berusia tiga hingga empat bulan ditemui di loji kumbahan Flat Seri Sena di sini hari ini.

Pelajar PPKI SMK Sungai Besar hasilkan tiga Jalur Gemilang guna teknik catan ibu jari

SABAK BERNAM - Seramai 60 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PKPI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar berjaya menghasilkan tiga Jalur Gemilang menggunakan teknik catan ibu jari sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 tahun ini.

Seorang lagi budak perempuan maut disengat tebuan

BESUT - Sembilan hari selepas dua beradik maut akibat disengat tebuan di Kampung Batu Tiong, Dungun, seorang lagi budak perempuan maut angkaran serangga itu di Kampung Lay Out, Tok Has dekat sini hari ini.

Honor Malaysia tawar diskaun tunai RM100 hingga RM300 bagi peranti terpilih

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 pada Ogos ini, Honor Malaysia tampil menawarkan tawaran dan promosi menarik serta hebat bagi peranti-peranti terpilih jenama itu istimewa buat rakyat di negara ini.

Bank Islam buka cawangan ke-147 di Kodiang

KUBANG PASU - Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) membuka cawangan baharu ke-147 di Kodiang yang beroperasi di Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) pekan itu dekat sini petang tadi.

Kerajaan lulus pakej insentif pelaburan dalam NCER

GEORGE TOWN - Kerajaan melalui Kementerian Kewangan meluluskan satu pakej insentif bagi mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Pegawai bomba terima sogokan kena reman tujuh hari

KANGAR - Dua pegawai kanan bomba yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis di sini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM1,200.

Bapa melecur ketika selamatkan anak

LABUAN - Seorang bapa melecur pada bahagian belakang badan akibat disambar api ketika menyelamatkan anaknya di sebuah kediaman di Kampung Rancha-Rancha Darat di sini hari ini.

Penyamun warga asing pecah masuk kedai emas larikan barang kemas ratusan ribu ringgit

KEMAMAN - Sekumpulan penyamun yang dipercayai didalangi tiga lelaki warga asing berjaya melarikan barangan kemas dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit dari sebuah kedai emas di pasar raya, Centre Point Kemaman, Chukai di sini hari ini.

Polis Selangor tahan 28 orang, rampas dadah bernilai RM570,000

SHAH ALAM - Polis Selangor telah berjaya menahan seramai 28 orang termasuk empat wanita disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan di sekitar Petaling Jaya dan Kajang antara 1 hingga 11 Ogos lalu.

Penduduk Orang Asli hantar bantahan kepada kerajaan negeri

KOTA BHARU - Kira-kira 50 penduduk Orang Asli berkumpul di hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini bagi mengemukakan bantahan kepada wakil kerajaan negeri berhubung aktiviti pembalakan di kawasan penempatan mereka.

197 penjawat awam terima kunci rumah PPA1M

KUANTAN - Seramai 197 pemilik projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Kuantan Jaya di sini menerima kunci bagi unit rumah masing-masing tengah hari tadi.

Lagi/More

Process time in ms: 31