DUNIA

Hotel bersejarah di Myanmar terbakar, seorang warga asing terkorban

YANGON – Seorang warga asing terbunuh dan dua lagi cedera dalam kebakaran besar yang berlaku di Hotel Kandawgyi Palace, resort terkenal terletak di tepi tasik Kandawgyi, Yangon awal pagi semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Krisis Catalonia makin kusut

MADRID – Kerajaan persekutuan Sepanyol menyatakan semalam bahawa ia akan memansuhkan kuasa autonomi Catalonia dan melaksanakan pemerintahan secara langsung selepas pemimpin wilayah berkenaan mengugut akan meneruskan pengisytiharan kemerdekaan sekiranya Madrid enggan berunding.

15,000 kanak-kanak kecil mati setiap hari akibat penyakit boleh dirawat

NEW DELHI – Di sebalik penurunan kadar kematian bayi, sebanyak 15,000 kanak-kanak berumur bawah lima tahun meninggal dunia pada setiap hari di seluruh dunia akibat pelbagai penyakit yang dapat dibendung, kata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Israel lulus 2,600 kediaman Yahudi di wilayah Palestin

BAITULMUQADDIS – Pihak berkuasa Israel semalam meluluskan satu lagi pelan untuk membina kediaman peneroka haram Yahudi secara besar-besaran di wilayah Palestin, Tebing Barat, menjadikan angka keseluruhan kediaman berkenaan meningkat kepada lebih 2,600 pada minggu ini, kata badan pemantau penempatan Yahudi, Peace Now.

New Zealand dapat Perdana Menteri termuda

WELLINGTON – Pemimpin pembangkang New Zealand, Jacinda Ardern (gambar) bakal menjadi Perdana Menteri semalam selepas calon bebas, Winston Peters menyokong wanita berumur 37 tahun itu membentuk kerajaan.

Myanmar keras kepala

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Seorang pegawai kanan PBB pulang dengan tangan kosong semalam selepas berunding selama lima hari di Myanmar untuk merayu agar pelarian Islam Rohingya yang berlindung di Bangladesh dibenarkan pulang dengan selamat dan akses kepada pekerja bantuan dibuka.

Ibu kota Daesh di Syria jatuh ke tangan pejuang SDF

RAQQA, Syria – Militia yang disokong Amerika Syarikat (AS) menawan sepenuhnya bandar Raqqa daripada militan Daesh kelmarin, sekali gus menewaskan kumpulan berkenaan di ibu kota kerajaan khalifah mereka di Syria.

Korban kebakaran di Portugal, Sepanyol cecah 45 orang

LISBON, Portugal – Hujan semalaman dan angin yang lebih tenang membantu anggota-anggota bomba ‘menjinakkan’ sebilangan kebakaran hutan yang memusnahkan banyak kediaman dan mengorbankan 41 orang di Portugal serta empat lagi di utara Sepanyol sejak hujung minggu lalu.

Bangladesh akan bina kem pelarian terbesar di dunia

DHAKA – Bangladesh mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kem pelarian yang boleh menampung kira-kira 800,000 etnik Islam Rohingya dari Myanmar.

51 maut Taliban serang pusat latihan polis di Afghanistan

KHOST, Afghanistan – Angka kematian akibat serangan pengebom bunuh diri dan kumpulan lelaki bersenjata di sebuah pusat latihan polis di bandar Gardez, tenggara Afghanistan meningkat kepada 51 orang de­ngan lebih 200 mangsa cedera, kata seorang pegawai hospital semalam.

Process time in ms: 31