fbpx

Solat Jumaat selepas 86 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Foto AFP/ Turkish Presidental Press

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengimamkan solat Jumaat pertama di Hagia Sophia, Ankara, Turki yang dihadiri oleh beribu-ribu orang Islam semalam.

Hagia Sophia secara rasmi kembali menjadi masjid selepas ditukar kepada muzium pada 1934 oleh presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Atartuk.

Ribuan umat Islam memenuhi segenap ruang pekarangan Hagia Sophia untuk mengerjakan solat Jumaat yang turut dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Ayat-ayat suci al-Quran turut dikumandangkan dengan Erdogan turut membacakan surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah secara langsung, beberapa minit sebelum azan Zuhur berkumandang. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN