Nor Ifindi Md Jais (kiri), Nor Hamima Kamsir (kanan), bersama anak-anak, Aishah Nabila dan Fatih Mikail berswafoto di hadapan lukisan mural yang memaparkan wajah-wajah petugas barisan hadapan, di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Mural ini dliukis oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Muhammad Suhaimi Ali, mereka juga adalah kumpulan yang sama menghasilkan mural potret Yang DiPertua Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah kesihatan, dan beberapa orang menteri yang diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Shah Alam minggu lalu. – K! ONLINE