fbpx
Tangkap layar video kejadian sekumpulan lelaki memecahkan cermin kenderaan dalam kejadian di Desa Mentari, semalam.

Lima kenderaan rosak diserang geng bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai memecahkan cermin lima buah kenderaan dalam kejadian khianat di kawasan tempat letak kereta di Desa Mentari, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kumpulan suspek yang menaiki tiga buah motosikal bertindak memecahkan cermin beberapa kenderaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Sebanyak lima buah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan, termasuk meneliti rakaman video yang diperoleh daripada saksi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Suhafiz Soaid di talian 019-8144746 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN