SUBANG JAYA – Jerangan masakan dipercayai menjadi punca kebakaran di sebuah restoran di tingkat aras bawah (LG), Sunway Square Mall, Bandar Sunway di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.23 pagi.
Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.
“Komander operasi melaporkan kebakaran hanya melibatkan jerangan masakan di dalam sebuah restoran di tingkat LG. Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki air. – KOSMO! ONLINE














