fbpx
Steven (tengah) menyerahkan ayam percuma sempena Program Jualan Madani Kuskop di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Kuskop kumpul input PMKS bagi Belanjawan 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memulakan sesi libat urus bersama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), usahawan serta koperasi di seluruh negara bagi mengumpul cadangan penyediaan Belanjawan 2027.

Menterinya, Steven Sim berkata, pandangan daripada pemegang taruh akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi memastikan keperluan sektor PMKS dan koperasi diberi perhatian dalam belanjawan akan datang.

“Kita memang sering mengadakan dialog dan juga memang kebiasaan saya mengadakan sesi perbincangan, konsultasi dengan pemegang taruh,” katanya ketika menghadiri Program Jualan Madani Kuskop (JMK) 2026 yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Taman Makok, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, kementerian akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama termasuk meningkatkan produktiviti perusahaan, mengurangkan kerenah birokrasi dan kos perniagaan, serta membantu syarikat tempatan meningkatkan penyertaan dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Katanya, proses libat urus itu dijangka mengambil masa antara satu hingga dua bulan dan merupakan sebahagian daripada kitaran biasa sebelum pembentangan belanjawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN