fbpx
Ismail hadir pada Istiadat Pelantikan Menteri besar Negeri Sembilan dan Mengangkat Sumpah di Istana Besar Seri Menanti hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Negeri Sembilan cuti esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengumumkan esok sebagai cuti umum peristiwa sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak dalam menjayakan proses demokrasi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 semalam.

Ismail berkata, pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ketika menghadap baginda selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Besar Seri Menanti hari ini.

“Saya menghadap baginda sebentar tadi. Baginda berkenan untuk saya mengumumkan cuti umum peristiwa esok (Isnin) di Negeri Sembilan.

“Cuti ini adalah sebagai penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan proses demokrasi pilihan raya di negeri ini. Ramai yang masih letih dan sebagainya, jadi esok kita beri peluang untuk berehat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN