fbpx
Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, pada pukul 10.15 pagi ini. Foto NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

Negeri Sembilan dapat Menteri Besar baharu pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, di sini, pada pukul 10.15 pagi ini.

Berdasarkan jemputan rasmi kepada kenamaan yang turut diterima pihak media, Menteri Besar yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tiga nama dikemukakan sebagai calon ialah Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin dan ADUN Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman, bagaimanapun terdapat khabar angin pemenang kerusi DUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim bakal diangkat Menteri Besar Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN