fbpx
Anggota pasukan keselamatan sedang memantau lalu lintas selepas Muhammad Bakhtiar maut dalam nahas di KM 354, LPT 2 berhampiran Kuala Dungun hari in

Seorang lagi peserta RXZ Members maut di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang lagi peserta RXZ Members 8.0 maut dalam kemalangan melibatkan seorang pelajar universiti swasta di Kilometer 354, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kuala Dungun, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Bakhtiar dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor selepas menghadiri program RXZ Members 8.0.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Muhammad Bakhtiar sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat pelajar universiti itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN