fbpx
Bendera PH dipasang di sekitar Simpang Tiga Pekan Air Kuning, Linggi sempena PRN Negeri Sembilan. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

PRN N. Sembilan: PKR raih 3 kerusi, Amanah bolos semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) meraih 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Daripada jumlah itu, DAP muncul penyumbang terbesar PH dengan lapan kerusi, diikuti PKR dengan tiga kerusi.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat Amanah apabila gagal memenangi semua kerusi yang ditandingi.

Keputusan itu menyaksikan DAP terus menjadi tonggak utama PH di Negeri Sembilan, manakala PKR berjaya mempertahankan beberapa kawasan strategik.

Antara yang menjadi tumpuan adalah kerusi DUN Chennah dan Linggi yang ditandingi Anthony Loke Siew Fook dan Datuk Seri Aminuddin Harun, namun kedua-duanya tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).

Berbanding PRN lalu, BN kembali menawan Negeri Sembilan dengan meraih 18 kerusi secara keseluruhan, manakala Perikatan Nasional memperoleh lima kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN