fbpx
Arul Kumar

PRN N. Sembilan: Arul Kumar terus selesa di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, J. Arul Kumar terus mendahului saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Arul yang mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 8,824 undi, meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lai Chien Kong dengan 6,594 undi.

Calon Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Zamani Ibrahim berada di kedudukan ketiga dengan 4,572 undi, diikuti calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk V. Saravana Kumar (543 undi) dan calon Bebas, Omar Isa (123 undi).

DUN Nilai menjadi antara kerusi tumpuan pada PRN kali ini susulan pertandingan lima penjuru membabitkan PH-DAP, BN, Bersatu, Berjasa dan calon Bebas.

Pada PRN 2023, Arul memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 10,889 undi dalam saingan empat penjuru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN