PETALING JAYA – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terus ketinggalan dalam saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.30 malam ini.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Faizal Ramli terus mendahului selepas memperoleh lebih 4,099 undi, sekali gus mendahului dengan majoriti 1,484 undi.
Aminuddin yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lebih 2,615 undi, manakala calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md. Said meraih lebih 222 undi.
Pada PRN lalu, Mohd. Faizal memenangi kerusi DUN Linggi dengan majoriti 1,461 undi. – KOSMO! ONLINE














