PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Faizal Ramli mendahului saingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 7 malam hari ini.
Mohd. Faizal memperoleh 1,356 undi, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun yang meraih 600 undi, manakala calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md. Said memperoleh 60 undi.
Sebanyak 2,016 undi dikira setakat ini dengan BN berada di hadapan menerusi majoriti 756 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi. – KOSMO! ONLINE














