PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) mendahului 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, setakat pukul 6.30 petang ini.
Ia membabitkan DUN Temiang, Pertang, Johol, Labu, Rantau, Seremban Jaya, Repah, Seri Menanti, Gemencheh, Temiang dan Rahang.
Setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 65.38 peratus atau 562,133 orang daripada keseluruhan 859,760 pengundi yang layak telah menunaikan tanggungjawab mereka.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi PRN kali ini mampu mencecah hingga 72 hingga 75 peratus, dengan keputusan awal dijangka diperoleh seawal 10 malam ini. – KOSMO! ONLINE














