fbpx
INFANTINO gagal meyakinkan ahli gabungan mengenai cadangan pengkomersialan produk FIFA menyebabkan ia terpaksa dibatalkan. - AFP

Infantino terpaksa tukar pendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZURICH – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino terpaksa melakukan pusingan U apabila membatalkan cadangan kontroversi untuk menjual hak pertandingan utamanya kepada pihak ketiga.

Cadangan Infantino itu mendapat kecaman meluas daripada ahli gabungan, khususnya Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang mendakwa objektif utama pertandingan tidak lagi akan sama seperti sebelum ini.

“Akibatnya, cadangan ini tidak akan diteruskan lagi,” kata Infantino.

Sebelum ini, UEFA bersama 55 negara anggotanya mengundi sebulat suara menentang cadangan Infantino dan bersedia untuk memulaukan semua kejohanan anjuran FIFA termasuk Piala Dunia 2030 sekiranya cadangan itu menjadi kenyataan.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF) bersama 41 ahli gabungannya turut menolak cadangan FIFA sekali gus meningkatkan tekanan Infantino yang bakal bersaing untuk pertahankan jawatannya pada kongres pemilihan, Mac tahun depan.

Dalam satu kenyataan berasingan, FIFA menjelaskan badan induk itu tidak akan ‘menggadaikan’ bola sepak namun tetap menghormati pandangan daripada negara anggota.

“Kami mendengar maklum balas daripada negara anggota dan kami menghormatinya. Tiada siapa yang menjual bola sepak dan perkara itu tidak akan dilayan oleh FIFA,” katanya.

Kontroversi berkenaan menyaksikan Infantino mungkin kehilangan jawatannya sebagai Presiden FIFA, malah peletakan jawatan mengejut oleh salah seorang sekutu paling rapatnya dalam badan induk bola sepak dunia itu menambah beban yang terpaksa dipikulnya.

Carlos Cordeiro yang menjadi penasihat paling rapat Infantino meletakkan jawatan pada Jumaat berikutan tidak bersetuju mengenai rancangan melancarkan urus niaga komersial melibatkan kejohanan utama FIFA dengan pelaburan daripada syarikat ekuiti persendirian.

“Biar saya jelaskan, saya langsung tidak terlibat dalam cadangan ini dan saya menentangnya sepenuhnya. Ia merupakan perjanjian yang buruk untuk ahli FIFA, buruk untuk bola sepak, dan buruk untuk masa depan sukan ini,” kata Cordeiro dalam surat peletakan jawatan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN