fbpx
ANGGOTA Massive Attack mengibarkan bendera Palestin di atas pentas. – AGENSI

Singapura ‘ban’ Massive Attack kerana kibar bendera Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Kumpulan trip-hop Britain, Massive Attack dilarang mengadakan persembahan di Singapura selepas siasatan mendapati dua anggotanya mengibarkan bendera Palestin semasa konsert, kata polis.

Dua anggota Massive Attack yang memegang bendera di atas pentas  konsert pada  Rabu lepas turut dilarang daripada memasuki semula Singapura dan dikenakan amaran, kata polis dalam satu kenyataan lewat semalam, tanpa menamakan mereka.

Singapura melaksanakan undang-undang ketat mengenai ucapan awam dan melarang paparan terbuka semua bendera asing, lambang kebangsaan atau sepanduk tanpa permit.

“Walaupun penganjur acara mengaku mengetahui syarat permit, dua anggota kumpulan itu memegang bendera asing di atas pentas, dan salah seorang daripada mereka juga melaungkan slogan Free Palestine.

“Pengawal selia media tidak akan meluluskan sebarang permohonan pada masa hadapan bagi persembahan  kumpulan itu di Singapura memandangkan larangan kemasukan tersebut, kata polis.

Penganjur konsert belum menjawab permintaan AFP untuk ulasan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN