fbpx
Gambar hiasan

18.22 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi, DUN Klawang peratusan keluar tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sejumlah 156,678 pengundi atau mewakili 18.22 peratus daripada keseluruhan 859,760 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 10 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 21.5 peratus, diikuti DUN Seri Menanti (21.4 peratus) dan DUN Chennah (21.1 peratus).

DUN Lukut merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 15.7 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 18.12 peratus atau 151,867 daripada 838,200 pengundi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN