“Semakin kelakar pasangan ustaz ustazah ini, mesti makin bahagia.”
Itu antara komen netizen selepas melihat gelagat bahagia Neelofa dan Haris Ismail ketika bersiaran langsung menjual koleksi jubah terbaharu keluaran jenama mereka.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah reaksi spontan Haris apabila ditanya netizen mengenai ketinggian Neelofa.
“Tinggi Neelofa di luar 170 sentimeter tetapi kalau di rumah, dia rendah sedikit,” seloroh Haris.
Bukan itu saja, dia bergurau dengan meminta orang ramai memuji isterinya kelihatan kurus bagi memastikan dia dapat menjalani kehidupan lebih tenang.
“Alah, susah nak jawab (pertanyaan Neelofa sama dia nampak lebih kurus atau sebaliknya).
“Jangan jawab lain, cakap kurus saja kalau nak tidur lena,” katanya lagi.
Rata-rata menyifatkan pasangan ini sebagai suami isteri yang lucu dan mudah terhibur.














