fbpx
Keadaan Syafirah (kiri) dan anaknya, Ahmad Asyraf yang melecur selepas motosikal Honda Beat mereka terbakar akibat dirempuh Yamaha RXZ di persimpangan lampu isyarat Kampung Buluh Gading, Kuala Nerus hari ini.

Wanita sarat hamil, anak melecur dirempuh peserta RXZ Members

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang suami yang baru lima bulan terlibat dalam nahas jalan raya gundah mengenangkan isteri dan anak sulungnya melecur selepas motosikal Honda Beat dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah motosikal Yamaha RXZ di persimpangan lampu isyarat Kampung Bulu Gading di sini hari ini.

Talhah Mahmud, 61, berkata, kemalangan pada pukul 11.40 pagi itu menyebabkan isterinya, Syafirah Salim, 36, yang sedang sarat hamil tujuh bulan melecur pada bahagian tangan manakala tubuh anak sulung mereka, Ahmad Asyraf, 13, pula melecur lebih 60 peratus.

“Anak saya (Ahmad Asyraf) dijadual menjalani pembedahan merawat tubuhnya yang melecur dari bahagian pinggang ke bawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Isteri saya juga menerima rawatan di unit kecemasan hospital sama. Saya berdoa agar dia dan kandungan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tahlah berkata, dia hanya menunggu berita isteri dan anaknya di rumahnya memandangkan keadaan kakinya yang belum sembuh dan masih bertongkat akibat ditimpa kemalangan kira-kira lima bulan lalu.

Katanya, sebelum kejadian, isterinya dan anak sulungnya ke Pasar Batu Enam di sini untuk membeli barangan keperluan untuk hidangan makan tengah hari mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor mengesahkan penunggang motosikal Yamaha RXZ yang merempuh motosikal dinaiki dua beranak itu peserta RXZ Members 8.0 berasal dari Jengka, Pahang.

“Kemalangan berlaku selepas motosikal Yamaha RXZ dinaiki lelaki berusia 24 tahun itu hilang kawalan lalu terjatuh ke atas sebelum motosikal Honda Beat dari arah belakang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN