fbpx
Anggota bomba mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit selepas kereta jenis Perodua Myvi bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Gua Sejuk dekat Gua Musang, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Tiga maut, Myvi bertembung treler diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Tiga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan diesel di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Gua Sejuk, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, tiga mangsa yang maut melibatkan seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki manakala seorang lagi wanita mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 7.16 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 7.52 pagi sebelum mendapati kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan diesel dengan sebuah Perodua Myvi.

“Treler itu dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta sebelum anggota bomba mengeluarkan mereka menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Muhammad Azrul Izzham memberitahu, seorang wanita yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN