fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Ainzulaikaidrus di laman Threads.

Sesak teruk di Karak, trafik ‘tersangkut’ dari Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berdepan kesesakan luar biasa apabila aliran trafik menghala ke Pantai Timur dilaporkan bergerak perlahan dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi petang tadi.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna @Ainzulaikaidrus memaklumkan keadaan trafik di laluan berkenaan sesak dengan deretan kenderaan memenuhi kedua-dua lorong.

“Aliran trafik dari Genting Sempah menghala ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak ketika ini sangat sesak dan kenderaan bergerak perlahan,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya (LLM) memaklumkan setakat pukul 5.33 petang, kesesakan di lokasi tersebut berpunca daripada kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer 41.2 hingga Kilometer 42.2 arah timur yang menyebabkan lorong kiri ditutup sementara.

LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan di lokasi serta sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN