fbpx
Gambar hiasan

Kekasih jual video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah laman web porno yang boleh diakses dengan mudah oleh pengguna internet negara ini dipercayai menjadi tempat sebilangan rak­yat Malaysia mendapatkan wang dengan menjual rakaman video seks mereka atau orang lain.

Tinjauan ke atas laman web yang berpangkalan di luar negara itu mendapati, terdapat ratusan rakaman video tidak senonoh dipercayai melibatkan rakyat Malaysia boleh ditonton secara percuma di laman web tersebut.

Bagaimanapun, rata-rata rakaman video tidak bermoral tersebut cuma memperlihatkan wajah pelaku wanita sahaja, manakala wajah pelaku lelaki tidak kelihatan.

Kebanyakan wanita Malaysia terbabit dipercayai mangsa penipuan teman lelaki yang menggunakan rakaman video intim mereka untuk mendapatkan wang.

Selain itu terdapat juga ba­nyak rakaman video intipan aksi seks dipercayai melibatkan rakyat Malaysia boleh ditonton di laman web tidak bermoral ber­kenaan.

Seorang pembaca Kosmo! mendedahkan, dia antara mang­sa penipuan lelaki mencari wang dengan menjual rakaman video tidak bermoral kepada laman web tersebut.

Wanita itu mendakwa diperdaya oleh seorang lelaki yang dikenali secara online untuk mengadakan seks menggunakan panggilan video sebelum rakaman itu dimuat naik di laman web tersebut.

“Ramai menjadi mangsa ‘se­xual grooming’ melalui media sosial dan video serta gambar mereka dijual di laman web tersebut. Saya salah seorang mangsa,” katanya baru-baru ini.

Semakan mendapati, bagi setiap video lucah yang dijual bagi kategori Premium, pe­ngendali laman berkenaan akan membayar antara AS$1.25 (RM5) sehingga AS$15 (RM61) selain pemilik rakaman video menerima bayaran berdasarkan jumlah tontonan.

Pemilik rakaman video juga berpeluang memenangi bonus setiap tiga jam atau setiap bulan sehingga AS$10,000 (RM41,300) berdasarkan sambutan terhadap rakaman video mereka.

Selain itu, terdapat beberapa kategori lain yang turut membolehkan pemilik rakaman video tidak senonoh tersebut menjana wang dengan kaedah dan syarat berbeza.

“Terdapat pelbagai kemungkinan untuk anda menjana wang dengan kami. Kandungan (video) mesti hak milik anda. Bersedia untuk menyerahkan dokumen tertentu,” kata iklan yang tertera pada laman web itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN