PARIS – Legenda Perancis, Zinedine Zidane melengkapkan impiannya apabila dilantik sebagai pengendali baharu Les Bleus selepas pengunduran Didier Deschamps.
Pelantikan ini menyaksikan Zidane berjaya mengikut jejak dua bekas rakan sepasukannya, Laurent Blanc yang melatih Les Bleus pada 2010 hingga 2012 sebelum digantikan oleh Deschamps.
Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) meletakkan harapan besar terhadap Zidane yang disifatkan sebagai calon tepat untuk menggantikan Deschamps yang sebelum ini berjaya menjulang pasukan mencapai prestasi terbaik.
“Tugasan dengan pasukan kebangsaan Perancis adalah satu-satunya yang saya mahukan. Dalam tempoh empat atau lima tahun ini, saya terima beberapa tawaran, tetapi saya tolak,” kata Zidane.
Sebelum ini, Deschamps yang mula melatih Perancis sejak 2012 menamatkan tugasnya dengan membantu pasukan raih tempat keempat di Piala Dunia 2026 dan paling diingati ketika bergelar juara dunia pada 2018.
Zidane yang juga bekas rakan sepasukan Deschamps ketika bawa Perancis menang Piala Dunia 1998 hanya memiliki pengalaman melatih satu kelab, bermula di peringkat bawa hingga diangkat sebagai pengendali Real Madrid.
Sepanjang bersama Los Blancos, Zidane memacu gergasi Sepanyol itu bergelar juara Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut iaitu pad 2016 hingga 2018 dan rekod itu adalah yang terbaik dalam era moden. – AGENSI
















