fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh pengguna @sarakoraa.

Mark Wahlberg datang shooting dekat KL pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas kecoh mengenai kehadiran pelakon antarabangsa popular Hollywood, Mark Wahlberg di Pulau Pinang, timbul pula spekulasi bahawa lokasi penggambaran filem berkenaan kini telah berpindah ke ibu kota.

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads oleh seorang pengguna @sarakoraa yang meluahkan rasa tertanya-tanya selepas merakam deretan treler, lori peralatan dan khemah penggambaran berskala besar yang didirikan di sebuah tapak lapang sekitar Kuala Lumpur.

“Apa yang berlaku ni korang? Ada penggambaran ke? Ada Mark Wahlberg ke? Ke Running Man? Ke pesta durian? Mohon pencerahan,” katanya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa sesi penggambaran di Pulau Pinang sudah pun selesai dan pasukan produksi kini mula berkampung di Kuala Lumpur.

“Betullah tu bang, dekat Pulau Pinang dah habis dia penggambaran, dekat Kuala Lumpur pula,” ujar pengguna @sarahsamadi_.

“Lori-lori merah dan lain-lain itu adalah peralatan dan pencahayaan. Treler itu untuk pelakon, penerbit, pengarah, pasukan seni dan pakaian. Khemah pula untuk tempat makan,” jelas pengguna @ojasssed pula.

Sebelum ini, tular kehadiran bintang Hollywood berusia 55 tahun itu di George Town, Pulau Pinang tular selepas aksi babak turun daripada sebuah Perodua Kelisa mencuri tumpuan ramai, sehingga pengguna berseloroh mendakwa harga kereta berkenaan bakal melambung tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN