fbpx
LS2 memperkenalkan rangkaian koleksi terbaharu bagi separuh kedua tahun 2026 serta koleksi penuh tahun 2027.

LS2 Malaysia catat pertumbuhan jualan 58 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengeluar kelengkapan penunggang motosikal, LS2 Malaysia mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 58 peratus bagi tempoh Julai 2025 hingga Jun 2026.

LS2 Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, statistik itu menjadi pencapaian pertumbuhan tertinggi dan terbaik dalam sejarah mereka. 

“Pencapaian luar biasa ini mencerminkan momentum kukuh jenama LS2 di pasaran Malaysia serta kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pelanggan, pengedar, dan rakan niaga di seluruh negara.

“Pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah ke hadapan, memperkukuh jenama LS2 serta menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Kejayaan ini turut diperkukuhkan menerusi penganjuran LS2 Asia & Oceania International Convention 2026 yang berlangsung di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur City Centre baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, LS2 Global telah memperkenalkan rangkaian koleksi terbaharu bagi separuh kedua tahun 2026 serta koleksi penuh tahun 2027, merangkumi koleksi musim sejuk dan musim panas.

Malah, LS2 Global juga telah menampilkan koleksi-koleksi kelengkapan yang bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. 

Koleksi-koleksi baharu ini dijangka memasuki pasaran Malaysia secara berperingkat bermula September ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN