fbpx
Gambar kenangan Ain bersama abangnya, Allahyarham Ahmad Shah (kanan) yang maut dalam kejadian di Eumseong, Korea Selatan, semalam.

Maut Korea: ‘Terima kasih semua, sumbangan bawa pulang jenazah cecah RM80,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kutipan sumbangan bagi membantu pengurusan dan penghantaran pulang jenazah rakyat Malaysia, Allahyarham Ahmad Shah, 26, yang dipercayai ditikam di Korea Selatan sudah mencecah RM80,000.

Menurut adiknya, Ain Sephia Fabian, 25, jumlah tersebut melebihi anggaran kos yang sebelum ini dimaklumkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Katanya, sebelum ini pihak kedutaan menganggarkan kos pengurusan jenazah dan penghantaran pulang pemuda itu ke Malaysia adalah sebanyak RM50,000 hingga RM70,000.

Bagaimanapun, katanya, jumlah sebenar masih belum dimuktamadkan kerana masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.

“Setakat ini jumlah sumbangan yang diterima mencecah RM80,000. Bagi pihak keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi sumbangan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, ahli keluarga Allahyarham Ahmad melancarkan tabung sumbangan bagi membantu menampung kos pengurusan jenazah di Korea Selatan.

Difahamkan, dana tersebut akan digunakan bagi menampung kos termasuk urusan hospital, dokumentasi dan pengangkutan serta penghantaran pulang ke Malaysia

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Shah maut dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN