fbpx
HARIMAU MALAYA bermula ‘langkah kanan’ pada aksi Piala ASEAN kali ini selepas mencatat kemenangan ke atas Myanmar. - FB MALAYSIA NT

Piala ASEAN: Motivasi Harimau Malaya kian melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memuji semangat juang tinggi para pemain selepas bangkit untuk menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B sekali gus memulakan kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan.

Menurut Cheng Hoe, permulaan hambar apabila dikejutkan dengan jaringan awal tuan rumah sudah dijangka memandangkan pasukannya masih lagi dalam fasa untuk membentuk keserasian.

Namun, bekas pengendali Selangor FC itu menganggap apa yang dipamerkan oleh pasukan untuk bangkit daripada ketinggalan 0-1 pada babak kedua wajar untuk diberikan pujian.

“Kami melepaskan satu gol pada separuh masa pertama, tetapi para pemain bekerja keras untuk bangkit semula dan akhirnya memenangi perlawanan ini.

“Pemain tahu masih terdapat beberapa kelemahan dan kami masih dalam proses membentuk karakter pasukan. Namun, sudah tentu keputusan ini memberi keyakinan kepada saya.

“Saya berharap dalam satu atau dua perlawanan lagi, kami akan lebih bersedia dari segi kerja berpasukan, persefahaman dan keserasian,” katanya.

Pada aksi di Stadium Thuwunna, Yangon itu, Malaysia dikejutkan dengan jaringan awal Myat Kaung Khant pada minit ke-10, namun kapten pasukan, Paulo Josue, muncul wira apabila meledak dua gol untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Mengulas mengenai prestasi Josue, Cheng Hoe anggap kehadiran pemain naturalisasi dari Brazil itu cukup penting untuk membimbing pemain muda di atas padang.

“Josue memimpin pasukan dengan sangat baik. Kami mempunyai gabungan pemain muda dan berpengalaman yang saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Skuad negara yang gagal melangkah ke separuh akhir Piala ASEAN edisi 2024 berpeluang untuk meletakkan sebelah kaki ke kelompok empat negara terbaik jika menang pada aksi kedua menentang Laos di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN