fbpx
Mohamed Khaled bersama warga ATM sempena Program Kesejahteraan Warga ATM Zon Selatan di Kem Sirusa, Port Dickson hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Malaysia meterai MOU dengan Turki, Korea Selatan perkukuh perolehan aset pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Malaysia mengorak langkah baharu dalam perolehan aset pertahanan apabila memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Turki dan Korea Selatan menerusi kaedah kerajaan dengan kerajaan (G2G), sekali gus dijangka memperkukuh keupayaan Angkatan Tentera (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua MoU itu menjadi permulaan kepada pelaksanaan pendekatan G2G yang akan dijadikan kaedah utama bagi projek-projek perolehan pertahanan tertentu.

Menurut beliau, beberapa negara lain termasuk Itali dan Perancis turut menyatakan minat untuk menjalin kerjasama sama dengan Malaysia.

“Kita sudah ada dua MoU yang kita tandatangani bagi menjayakan perolehan kerajaan dengan kerajaan, satu dengan Turki dan satu lagi dengan Korea Selatan.

“Ada banyak juga negara lain yang telah mengemukakan hasrat untuk melakukan perolehan secara kerajaan dengan kerajaan termasuk Itali dan Perancis,” katanya selepas menghadiri Program Kesejahteraan Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di Kem Sirusa di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kaedah G2G diperkenalkan bagi menggantikan amalan terdahulu yang menggunakan proses tender melibatkan syarikat pengeluar asal serta ejen.

Katanya, melalui pendekatan baharu itu, kerajaan bukan sahaja memperoleh harga yang lebih kompetitif, malah mendapat jaminan bekalan daripada kerajaan negara pembekal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN