fbpx
Tangkap layar sebuah majlis perkahwinan di Tawau, Sabah yang tetap dijalankan walaupun dilanda banjir.

[VIDEO] ‘Banjir sekali pun, majlis tetap jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah majlis perkahwinan di Tawau mencuri perhatian apabila ia tetap berlangsung walaupun kawasan sekitarnya dilanda banjir.

Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @mmfmaxglyn di Threads, dia berkongsi rakaman suasana majlis itu kehadiran tetamu yang menikmati hidangan seperti biasa meskipun mengharungi air.

“Orang Tawau mana pernah serius, mana-mana lah abang janji selamat. Banyak betul POV (perspektif) banjir di Tawau,” katanya dalam hantaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial terhibur melihat semangat penduduk Tawau yang tetap menghadiri majlis walaupun berdepan situasi banjir.

“Janji makan dulu baru kita pulang,” komen Nora.

“Orang jemput wajib datang walaupun banjir,” komen Nur Yin.

“Banjir datang sekali pun, majlis tetap jalan,” tulis seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN