fbpx
KLOPP mahu kembali memberikan keceriaan buat penyokong Jerman selepas pasukan itu mengharungi detik sukar. - AFP

Klopp ikrar ubah nasib Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Pengendali baharu Jerman, Jurgen Klopp berikrar untuk ubah ‘wajah’ Die Mannschaft dalam misi mengembalikan era kegemilangan pasukan selepas hambar dalam kejohanan kompetitif sejak sedekad yang lalu.

Menerusi sidang media pertamanya selepas diumumkan sebagai pengganti Julian Nagelsmann, Klopp mengakui cukup teruja dan percaya sukan bola sepak boleh kembali menjadi kebanggaan rakyat Jerman .

“Saya mahu mewujudkan situasi di mana penyokong pulang dari stadium sambil berkata, ‘Memang berbaloi datang hari ini’.

“Saya pernah melihat bagaimana bola sepak mampu mengubah sebuah bandar (Dortmund dan Liverpool) dan saya percaya ia juga boleh mengubah sebuah negara,” katanya.

Bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar memulihkan semula reputasi Jerman selepas pasukan itu tersingkir seawal pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 kepada Paraguay, selain gagal mara ke kelompok 16 terbaik sejak muncul juara dunia pada 2014.

Mengulas lanjut, Klopp turut menjanjikan corak permainan menyerang yang pantas dan agresif tetapi tidak boleh disamakan dengan gaya pasukan gergasi lain.

“Kami tidak mahu bermain seperti Argentina, Sepanyol, England atau Perancis. Kami mahu bermain dengan cara Jerman dengan penuh intensiti.

“Pemain juga perlu menunjukkan kepada saya, bukan hanya bercakap mewakili Jerman adalah sesuatu yang sangat istimewa. Adakah kami pasukan nombor satu dunia ketika ini? Tidak. Kami menerima hakikat itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN