fbpx
Tangkap layar api sedang marak pada sebuah tiang lampu di Cyberjaya.

‘Tiang lampu terbakar, tolong hantar video ini pada dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebatang tiang lampu di tengah jalan di Cyberjaya terbakar dalam kejadian yang berlaku malam semalam sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @Sabiqhisham di Threads, dia berkongsi rakaman video memaparkan sebuah tiang lampu yang sedang terbakar di tengah jalan.

“Aku tak tahu nak buat apa. Siapa ada nombor persatuan tiang elektrik Cyberjaya, tolong hantar video ni pada dia.

“Sebab tengok bakar sampah dah biasa, tapi ini bakar tiang elektrik. Takut bil dia naik je sebab Skim Masa Penggunaan mula pukul 10 malam. Masa ni baru pukul 8.30 malam,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa bimbang mengenai kejadian itu.

“Panggil bomba,” tulis pengguna @Songketglobal.

“Patutlah tadi gelap,” komen @Zulaieyka.

Setakat ini, belum ada perkembangan lanjut mengenai insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN