fbpx
Tangkap layar video tular petugas syarikat keselamatan sewaktu berhadapan seorang lelaki bersenjata pistol di hadapan sebuah bank komersial di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Suspek samun van keselamatan direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki yang melarikan senjata api jenis ‘pump gun’ dalam cubaan samun sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, di sini Isnin lalu direman enam hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, permohonan reman ke atas suspek tempatan berusia lingkungan 20-an itu dibuat di Mahkamah Klang, semalam.

“Mahkamah telah membenarkan tempoh reman ke atas suspek selama enam hari sehingga 29 Julai depan. Siasatan lanjut berhubung kes itu masih sedang dijalankan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar mengesahkan suspek ditahan menerusi operasi khas Bahagian D9 di Shah Alam, kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.

Serbuan itu turut merampas semula selaras pump gun jenama Mossberg bersama sebutir peluru 12 bore yang dilarikan ketika kejadian selain menemui sepucuk pistol pelepas olahraga jenama Ekol Lite bersama 48 butir peluru blank.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, tindakan pantas petugas syarikat keselamatan menutup pintu van sekuriti berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM82,000 dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN