fbpx
Gambar hiasan

Hampir seluruh negara hujan hingga 7 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama turut berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN