fbpx
AHMAD FAEZ (tengah) berswafoto bersama penduduk pada Program Kitchen Talk Komuniti Wanita di Balai Raya Kampung Orang Asli Tekir Labu, Seremban pada Ahad lalu.

Calon PH Labu mampu bawa suara rakyat, orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mahu pemimpin yang di­pilih benar-benar turun padang, memahami masalah rakyat serta membuktikan kemampuan menerusi tindakan.

Seorang peniaga pasar malam di Batu 10, Rudzita Mohd. Jefri, 52, berkata, beliau cenderung memilih calon yang menunjukkan hasil kerja dan sentiasa membantu masyarakat.

“Rakyat kini melihat kemampuan seseorang pemimpin berdasarkan sumbangan serta usaha dilakukan untuk menyelesaikan isu di peringkat akar umbi,” katanya di sini semalam.

Menurut Asmi Mahmod, 60, pula, seorang pemimpin perlu sentiasa cakna dan dekat dengan rakyat bagi memastikan suara masyarakat dapat didengar.

Beliau turut menyifatkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ahmad Faez Abdul Razak sebagai seorang yang bijak serta mampu membawa suara golo­ngan muda supaya lebih diberi perhatian dan prihatin terhadap keperluan semasa.

“Pemimpin perlu tahu masalah rakyat dan sentiasa mengambil berat keadaan sekeliling,” katanya.

Seorang peniaga, Khairuddin Hamzah, 50, berkata, isu peluang pekerjaan dan bantuan kepada golongan yang berdepan kesukaran perlu diberi keutamaan.

“Masalah rakyat perlu dita­ngani dengan segera, manakala pemimpin perlu dinilai berdasarkan prestasi dan tindakan.

“Rakyat mahu lihat pemimpin yang buat kerja. Apa yang saya lihat Datuk Ahmad Faez ini sebagai calon yang bekerja dan mampu membawa perubahan jika diberi peluang untuk memimpin,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN