fbpx
Gambar hiasan

Hati-hati balik kerja, ribut petir di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah hingga pukul 5 petang.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak), Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin).

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol).

“Bagi Johor pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” jelasnya.

Turut terlibat ialah kawasan di Pantai Barat, Sabah iaitu Ranau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN