fbpx
Keadaan mangsa yang terbabas ke dalam parit di Kg. Chui Chak, Langkap semalam. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki Orang Asli maut motosikal terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang lelaki Orang Asli maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam parit di Kg. Chui Chak, Langkap di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.36 malam dari orang awam.

Beliau berkata, setibanya jentera di tempat kejadian, didapati seorang lelaki berketurunan Orang Asli berusia 31 tahun berada di dalam keadaan tertiarap dalam parit.

“Seorang wanita berketurunan Orang Asli berusia 25 tahun pula dilihat berada di atas tebing parit dan mengalami kecederaan patah pergelangan kedua-dua belah tangan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mengarahkan anggota mengangkat mangsa dari dalam parit dengan menggunakan pengusung.

Katanya, mangsa kemudiannya diperiksa oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa yang cedera pula diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans KKM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN