fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

 ‘Jangan cuba-cuba bagi laki orang hadiah!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jangan cuba-cuba bagi laki (lelaki) orang hadiah.”

Itu ‘amaran’ seorang isteri yang kurang senang apabila ada wanita lain yang memberikan hadiah kepada suaminya.

Dia yang menggunakan profil @Ayuidrak di media sosial menegaskan, tidak perlu berbuat demikian kerana hadiah tersebut akan dibuang akhirnya.

“Kesudahannya barang kau ni ke tong sampah,” katanya di media sosial dan turut berkongsi gambar seutas tali pinggang yang telah dipotong dua.

Hantarannya itu meraih perhatian orang ramai terutamanya kaum wanita yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Sebelum gunting dan buang, sepatutnya libas sekali belakang orang yang bagi tu,” ujar seorang pengguna.

“Puas hati dengar. Tak payahlah nak menggatal sangat bagi suami orang hadiah. Memang cari fasal (pasal),” komen yang lain.

“Kan. Lepas tu kalau laki yang kayu, cakap tu hadiah je pun. Semua tak boleh… baran!,” tambah pengguna lain lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN