fbpx
MUHAMAD Zani (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulim, hari ini atas pertuduhan mencuri pelbagai barang keperluan di sebuah pasar raya.

Penganggur dipenjara 7 hari curi Milo, syampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Seorang penganggur dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barangan keperluan bernilai RM252.60 di sebuah pasar raya di Lunas, di sini minggu lalu.

Majistret, Nor Hamizah Mat Shah, menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhamad Zani Ishak, 49, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram, sebotol syampu Head & Shoulders Cool, sebotol syampu Head & Shoulders Apple, empat botol syampu Head & Shoulders Lemon Shoulder Cool serta dua botol Clear Men Shampoo Deep Clean yang keseluruhannya bernilai RM252.60.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Taman Makmur, Lunas kira-kira pukul 10.52 pagi, 15 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S.Preeyaa, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Najihah Ahmad Zulkarnain.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari bermula tarikh tangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN