fbpx
Para pemenang Mamak Lejen 2026 bergambar kenangan bersama.

Mamak Lejen 2026 perkasa bakat baharu e-sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Komuniti e-sukan di Malaysia terus berkembang pesat dengan penyertaan pemain muda yang semakin aktif dalam arena permainan kompetitif.

Perkembangan itu bukan sahaja didorong oleh minat yang tinggi terhadap permainan video, malah turut diperkukuh menerusi penganjuran kejohanan yang memberi ruang kepada bakat baharu untuk menyerlah.

Seiring perkembangan itu, pelbagai pihak mula memainkan peranan dalam memperkukuh ekosistem e-sukan tempatan menerusi inisiatif yang lebih menyeluruh dan berteraskan komuniti.

Sejajar dengan komitmen tersebut, jenama telefon pintar Infinix berjaya menganjurkan Mamak Lejen 2026, sebuah inisiatif e-sukan akar umbi berskala besar yang menghimpunkan pemain baharu, organisasi e-sukan, rakan strategik, pengamal media serta komuniti permainan video negara menerusi kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang berteraskan komuniti.

Lebih daripada sekadar pertandingan, kejohanan itu membuktikan kesungguhan jenama tersebut dalam memperkasa pemain muda sambil menyumbang kepada pembangunan ekosistem e-sukan Malaysia yang semakin berkembang.

Sebagai jenama telefon pintar yang memfokuskan kepada pengalaman permainan, Infinix tidak hanya menumpukan kepada inovasi produk, malah terus melabur dalam pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan komuniti permainan tempatan.

Melalui Mamak Lejen 2026, jenama itu berjaya menyediakan platform kepada pemain yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kebolehan mereka, membina jaringan bersama komuniti yang mempunyai minat sama serta melangkah ke arah peluang dalam arena e-sukan kompetitif yang semakin profesional.

Menerusi kejohanan itu, pasukan NZ Curry House X Synergy Esports muncul juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000 dan MLBB Diamonds.

Mengulas kejayaan penganjuran yang berlangsung di Suasana Market Hall, Shah Alam, Selangor itu, Ketua Pemasaran Infinix Malaysia, Li Yang berkata, Mamak Lejen 2026 bukan sekadar sebuah kejohanan, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti e-sukan Malaysia.

“Mamak Lejen 2026 jauh lebih daripada sekadar sebuah kejohanan bagi Infinix. Ia membuktikan usaha berterusan kami dalam menyokong komuniti e-sukan Malaysia yang semakin berkembang serta mewujudkan peluang kepada pemain yang bercita-cita tinggi untuk mengejar minat mereka.

“Kami percaya kepada usaha memperkasa generasi baharu bukan sahaja melalui teknologi permainan yang inovatif, malah dengan melabur secara aktif dalam komuniti yang akan terus membentuk masa depan e-sukan di Malaysia,” katanya.

Sambutan luar biasa daripada komuniti membuktikan kejayaan acara tersebut apabila sebanyak 195 pasukan berdaftar mengambil bahagian, melibatkan seramai 975 pemain yang bersaing merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM23,800.

Selain kehadiran peserta yang memberangsangkan, kejohanan itu turut mencatatkan impak besar menerusi platform digital apabila berjaya merekodkan sebanyak 2.69 juta tontonan siaran langsung.

Bersesuaian dengan nama Mamak Lejen, program itudiilhamkan daripada budaya mamak yang santai dan sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia.

Di lokasi acara pula, lebih 6,190 pengunjung hadir sepanjang program berlangsung sekali gus mencerminkan minat tinggi masyarakat terhadap pembangunan e-sukan tempatan.

Penganjuran kejohanan itu dirangka dengan matlamat yang jelas, iaitu menyediakan peluang sebenar kepada pemain baharu untuk merasai pengalaman bertanding dalam suasana kejohanan berintensiti tinggi, di samping memupuk generasi baharu bakat e-sukan Malaysia.

Ketika industri e-sukan terus berkembang di peringkat tempatan dan global, inisiatif seperti Mamak Lejen 2026 memperlihatkan usaha Infinix memastikan komuniti akar umbi terus menjadi sebahagian daripada pemacu utama pertumbuhan industri untuk jangka panjang.

Bagi memperkukuh lagi pembangunan ekosistem e-sukan negara, Infinix turut menggembleng kerjasama bersama pelbagai organisasi penting dalam industri permainan digital dan hiburan.

Sebagai penganjur serta pemilik Mamak Lejen 2026, syarikat itu berjaya menghimpunkan beberapa nama besar dalam landskap e-sukan Malaysia bagi membuktikan bahawa kerjasama strategik memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan industri yang mampan.

Kejohanan itu mendapat sokongan MPL Malaysia selaku Rakan Kejohanan Rasmi, selain IG Team sebagai Rakan E-sukan Rasmi dan End Game Network sebagai Rakan Media Rasmi.

Kerjasama strategik bersama Todak Academy, Harimau Malaya dan TikTok Shop turut memperkuat misi bersama untuk membuka lebih banyak peluang kepada komuniti permainan tempatan, di samping memperluas lagi ekosistem e-sukan negara.

Melalui penglibatan pelbagai pihak merangkumi industri permainan, pencipta kandungan dan media, acara tersebut memperlihatkan bagaimana kerjasama strategik mampu mewujudkan laluan pembangunan bakat yang lebih mampan, sekali gus mengukuhkan keseluruhan industri e-sukan Malaysia.

Menariknya, konsep Mamak Lejen 2026 diilhamkan daripada budaya mamak yang begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia.

Pendekatan itu menggabungkan suasana pertandingan kompetitif dengan pengalaman komuniti yang dekat dengan golongan muda, sekali gus menjadikan e-sukan lebih mudah diakses, bersifat inklusif dan berteraskan semangat kebersamaan.

Konsep tersebut turut mewujudkan suasana yang membolehkan pemain serta peminat berhubung melalui minat yang sama terhadap permainan video dalam persekitaran yang cukup dekat dengan budaya harian masyarakat tempatan.

Susulan kejayaan besar yang dicapai menerusi Mamak Lejen 2026, Infinix menegaskan komitmennya untuk terus memperluas sumbangan kepada ekosistem e-sukan negara menerusi lebih banyak inisiatif yang mengutamakan komuniti.

Usaha itu diharap mampu memperkasakan pemain muda, menyokong pembangunan bakat di peringkat akar umbi serta mengukuhkan masa depan industri e-sukan tempatan untuk tahun-tahun akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN