fbpx
Sultan Nazrin (tengah, depan) pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2026 di Ipoh hari ini.

Kuasa bukan satu keistimewaan untuk dinikmati – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Negara mungkin memiliki sumber melimpah ruah, populasi berbakat, budaya kaya namun tetap akan gagal membela rakyatnya jika institusinya lemah, pemimpinnya tidak akauntabel, atau politiknya dikuasai oleh kepentingan peribadi berbanding bakti kepada masyarakat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pemikiran politik Islam sentiasa meletakkan penekanan yang amat besar kepada konsep amanah.

“Dalam tradisi Islam, kuasa bukan satu keistimewaan untuk dinikmati; ia adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan pemegang amanah tersebut akhirnya akan dipertanggungjawabkan.

“Nabi Muhammad SAW mengingatkan para sahabat baginda bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya,” titah baginda pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2026 (WCIT 2026) anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Persidangan sedunia kali kelapan anjuran USAS itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin bertitah, tadbir urus yang baik bermaksud penyelarasan mewujudkan institusi yang cukup kukuh untuk bertahan melampaui tempoh mana-mana pemimpin atau pentadbiran individu.

“Ia juga bermakna sebuah budaya politik di mana perbezaan pendapat diuruskan dengan berhemah, pihak pembangkang dilayan sebagai ejen semak dan imbang yang sah, bukannya sebagai musuh, peralihan kuasa berlaku secara aman apabila rakyat memutuskan sedemikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN