CYBERJAYA – Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) diminta mempertimbangkan permintaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan penguat kuasa melibatkan Jabatan Imigresen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana Jabatan Imigresen merupakan antara agensi menjana kutipan hasil tertinggi negara dengan merekodkan kutipan RM2.6 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini dan RM5.2 bilion pada tahun lalu.
“Tan Sri KSN dan KPPA, apalah sudi kiranya berikan pertimbangan daripada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail).
“Sebagai orang lama yang telah mendepani permasalahan imigresen, saya amat bersetuju permintaan Menteri Dalam Negeri dapat dipertimbangkan daripada KSN dan KPA,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Imigresen di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














