fbpx
Seorang penunggang motosikal cedera selepas tercampak ke dalam gaung di KM233 Lebuh Raya Utara-Selatan di Rembau malam tadi. Foto BOMBA

Tercampak ke dalam gaung, nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak ke dalam gaung sedalam lebih empat meter di Kilometer 233 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.05 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi pada pukul 11.22 malam, mangsa seorang lelaki berusia 20 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 didapati telah berada di dalam gaung itu.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi membawa mangsa yang cedera pada bahagian kaki naik sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk dihantar ke hospital,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN