fbpx
BAKAL muncul dalam filem bergenre 'slusher', Sweet Qismina turunkan berat badan.

Berlari 3km setiap hari, Sweet Qismina hilang 7kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Demi menjayakan watak dalam sebuah filem baharu, pelakon Sweet Qismina sanggup menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram (kg) dalam tempoh sebulan.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 29, mendedahkan terpaksa berlari sejauh 3 kilometer (km) setiap malam dan kurangkan pengambilan gula demi mendapatkan berat ideal.

“Ya, alhamdulillah saya turun 7kg dalam masa tujuh sebulan untuk tuntutan watak.

“Saya dapat tawaran untuk satu filem dan memang sebulan sebelum nak masuk set dia dah minta saya joging untuk stamina dan fit.

“Cerita itu filem ‘slasher’, kalau boleh saya tak nak ceritakan lagi sebab rahsia tapi kami dah habis penggambaran. Disebabkan itu, suami saya setiap malam buat saya berlari 3km.

“Tak adalah tak makan manis langsung tapi saya kurangkan gula dengan jumlah yang banyak,” katanya kepada Kosmo! Online semasa konsert Big Stage X Rocketfuel minggu keempat.

Pada masa sama, pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) itu tidak menafikan wujud tekanan emosi sepanjang tempoh untuk menguruskan badan.

“Dua benda yang memang stres sebenarnya nak kena kurus dalam masa sebulan sebab dalam masa sama kena workout untuk mendapatkan tenaga.

“Agak tertekan di situ tapi sepanjang perjalanan bila masuk set penggambaran saya berlari juga. Jadi sebab itu saya fikir berat saya makin lama makin kurang,” katanya lagi.

Disoal mengenai trend atau kaedah rawatan kurus seperti suntikan, pelakon filem Babah itu tidak terfikir untuk melakukannya kerana mempunyai suami yang boleh membantunya menguruskan badan.

“Alhamdulilah belum lagi terfikir (cara cucuk) sebab saya masih ada suami saya yang jadi jurulatih peribadi.

“Mungkin kalau saya ambil dan benda itu baik, saya rasa memang bagi sesuatu yang berbaloi, positif dan tak bahaya saya akan kongsikan,” jelasnya.

Sebelum ini, Sweet pernah menurunkan berat badan sebanyak 10kg demi menjayakan watak sebagai seorang pesakit Sindrom Guillain-Barre dalam filem Babah.

Sweet mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan liquid dan menyangkal dakwaan melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN