fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki berkopiah itu menyelitkan duit di dada seorang penyanyi wanita. - TikTok 

Pakcik ‘berkopiah’ selit duit celah dada penyanyi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki berkopiah di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila menyelit duit di celah dada penyanyi wanita semasa menghadiri sebuah majlis, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan lelaki terbabit mengeluarkan sejumlah wang kertas ketika penyanyi berkenaan berdiri di hadapannya.

Orang ramai terkejut apabila dia tiba-tiba menyelitkan wang tersebut pada celah dada wanita berkenaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 345,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Isteri dia (lelaki berkenaan) tidak marah?” kata seorang netizen. 

“Manusia bukan dilihat dari pakaiannya tetapi akhlak dan adab,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN