fbpx
NAMA Nabila Razali jadi sebutan selepas penyingkiran penyanyi, Sabrina dari Big Stage Rocketfuel minggu lalu. - Foto SYARIR RADIN

‘Nyanyi tak sedap tidak apa, sebab mak saya cakap sedap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Jangan toleh kiri kanan, terus kuat.”

Itu nasihat yang dititipkan penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila netizen menjadikan diri dan perjalanan kariernya sebagai contoh terbaik kepada pendatang baharu yang ingin memulakan kerjaya seni.

Menurut Nabila, 34, setiap penyanyi baharu perlu memiliki jiwa yang kental agar mampu berdepan dengan apa sahaja dugaaan dalam industri hiburan.

“Sebenarnya tiada nasihat sangat tetapi semua orang perlu ada ‘support system’ yang bagus, pengurusan dan keluarga. Semua itu penguat saya sehingga hari ini.

“Kena terus kuat kalau memang benar-benar nak jadi penyanyi. Tolak tepi semua perkara negatif itu.

“Nilai dan fikir semula niat masuk pertandingan dan jadi penyanyi,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sidang media program Melodi Terhangat di sini, baru-baru ini.

Dia berkata demikian selepas namanya menjadi sebutan selepas penyingkiran penyanyi, Sabrina dari Big Stage Rocketfuel minggu lalu dan dijadikan sebagai contoh penyanyi yang kental berdepan kecaman kerana kualiti vokalnya.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia kekal dengan prinsip yakin pada kemampuan diri meski sedar dikritik orang sekeliling.

“Go big atau go home, itu yang saya pegang sejak hari pertama menjejakkan kaki dalam industri hiburan ini.

“Dulu saya pergi sesi uji bakat program realiti sebab saya memang suka dan nekad nak jadi penyanyi sejak kecil. Jadi, apa sahaja yang orang cakap, tolak tepi sebab saya memang suka benda ini.

“Nyanyi tak sedap tidak apa sebab mak saya cakap sedap,” selorohnya.

Tambahnya, setiap penyanyi baharu perlu mempunyai penyokong yang kuat bagi memastikan semangat tidak mudah goyah apabila dihambat kecaman.

“Kalau kita sendiri tahu apa yang diingini, semua kecaman dan kutukan tak akan buat kita goyang. Perkara itu boleh pratikkan dalam setiap perkara dan profesion lain di muka bumi ini juga.

“Buat sehabis baik dan kelilingilah diri dengan individu yang menyokong.

“Pada akhirnya, kita juga kena kuat seorang diri dan jangan sia-siakan setiap sokongan, tenaga serta pengorbanan yang dicurahkan oleh orang sekeliling kepada kita selama ini,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Nabila membanjiri media sosial selepa Sabrina tersingkir minggu lalu.

Rata-rata menyifatkan Sabrina akan melalui perjalanan seni seperti Nabila yang pernah menjadi mangsa kecaman disebabkan tidak memiliki mutu nyanyian hebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN